Satu Malam Di Hawa Resort, Janda Baik

Aku dan sepupuku, Sofea bergambar di hadapan sungai setibanya kami ke sini

Sebelum cuti sekolah bermula, aku dah pun pergi bercuti dulu bersama keluarga. Perancangan percutian ni sebenarnya tak lah begitu lama. Kaum keluarga bincang punya bincang lepas tu terus jadi dek kerana duit pun sudah dikumpul dari awal tahun. Itu yang menariknya keluarga besar kami. Kami akan menyimpan duit untuk aktiviti hujung tahun beramai-ramai.

Setelah mencari sana-sini dan terpengaruh dengan artikel-artikel menarik di carian Google, akhirnya kaum IbuBapa memilih lokasi percutian ke Hawa Resort.

Jom aku kongsikan sedikit pengalaman berada di sana.

Hawa Resort Chalets, Janda Baik

Bertolak dari rumah ibu saudara aku, atau dipanggil MakSu di Rantau, Negeri Sembilan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit. Lebih kurang 7 ke 8 buah kereta juga kami bergerak seiiring menuju Janda Baik untuk satu malam percutian di sana.

Hawa Resort, Janda Baik, Pahang

Terkenal dengan suasana yang menghijau, Janda Baik memang menjadi pilihan kepada pelancong yang ingin berehat dan menikmati keindahan seperti berada di kampung. Aku memang terpesona dengan alam semulajadi yang secara peribadinya memang meminati suasana seperti itu. Sudak jelak dengan kesibukan di Bandar Seremban, aku seronok dapat menenangkan minda dan mata melihat suasana nyaman di situ.

Kami tiba lebih kurang jam 10.30 pagi. Setibanya kami di sini, kami tidak teragak untuk check-in bilik yang sudah lama kami tempah itu. Okay, memandangkan aku ni masih bujang dan masih bersekolah, pastinya aku berkongsi bilik dengan keluargaku. 



Selesai check-in bilik, aku dan sanak-saudara tidak lewat untuk terjun ke sungai yang mengalir deras dan sejuk itu. Pemandangan sungai di hadapan bilik kami memang sangat seronok dan mendamaikan. 





Perasaan ketika itu memang penuh dengan keterujaan. Hilang seketika permasalahan di sekolah dan apa sahaja yang bermain di fikiran. Yang penting sekarang di hadapan mata ini. Bersama saudara-mara dan keluarga berseronok mandi-manda di sungan yang sangat sejuk.

Selain itu, tidak ketinggalan untuk kami lakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berbual mesra, bbq dan karaoke di malam hari, jalan-jalan melawat kawasan sekitar Hawa Resort dan tidak lupa juga aktiviti makan dengan penuh keceriaan.

Nyamuk?

Yang peliknya sepanjang kami di sana tidak ada langsung yang datang menggigit. Mungkin kerana nyamuk pening tengok ramai sangat di kalangan kami ni. Tak jadi nak datang kan. Hehehe...




Ibuku bersama adik-beradiknya

Ibuku bersama cucu saudaranya


Sesi BBQ bersama


Ayahku yang kelaparan

Sesi Fotografi

Sudah tentu, tempat cantik sebegini sangat mesra fotografi. Semenjak melihat gambar-gambar di Internet, aku dah mula terbayang sesi fotografi yang akan dilakukan oleh kakak saudara dan suaminya iaitu LeYa dan Otomen Taro

Kami bergambar bersama sebelum pulang di hari Ahad.

Cerita poyo aku memang suka bergambar bajet-bajet cun. Hahahaha...

Tapi bila tengok balik, memang comel dan cantik pun gambar-gambar kami, lebih-lebih lagi aku. So, mohon jangan muntah ye... Hahaha...


Family Clan aku

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan chalet ini. Selesa dan menepati citarasa percutian kami sekeluarga. Tenang dan mendamaikan. 

Untuk korang yang mungkin nak datang ke sini, bolehlah tengok maklumat lanjut di bawah ini:

Tel : +603-7710 6717
Alamat : Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong, Pahang, Malaysia

3 comments:

Illya LeYa said...

Percutian yang sangat menarik... Memang teruja untuk ke sini lagi.. Suasana yang cukup mendamaikan.

Otomen Taro said...

Good2 jugak penceritaannya.
Lokasi Janda Baik memang menjadi pilihan ramai untuk berehat.

Jom ke Janda Baik! Haahahha...

Abam Kie said...

macam nak gi sana. nak tahu gak kadar bilik semalaman...