News

Cerita Raya Wafa Di Tahun 2018

Monday, June 25, 2018

Cerita Raya Wafa Di Tahun 2018

Monday, June 25, 2018
Sekejap betul masa berlalu kan… Dah masuk Syawal ke-11. Kali ni Wafa nak story la sikit tentang cerita raya Wafa dan keluarga pada raya pertama hingga ketiga hari tuh. Raya Wafa biasa-biasa aje. Tapi cukup meriah dengan sanak saudara dan kaum keluarga.
Gaya Koleksi Raya Wafa 2018
Tahun ni, Wafa beraya di Kg Sega Hulu, Rantau, Negeri Sembilan. Di mana, ini merupakan rumah Acu Wafa. Dan setiap tahun keluarga Acu akan balik beraya di Perak. Dan nenek Wafa yang tinggal keseorangan ada di situ. Jadi, giliran keluarga Wafa untuk menjaga nenek yang tak berapa sihat. Maklumlah usia dah nak menjangkau 1 abad. Semoga nenek sentiasa sihat hendaknya.

Cerita di pagi raya pertama Wafa hanya menziarah kubur Atuk, beraya rumah Pak Lang dan menunggu keluarga datang ke Kg Sega untuk melawat nenek. So…. Tak banyak sangat jalan laa time ni..
Family Wafa tersayang
Masuk di hari raya kedua, mulalah episode pengembaraan bersama kaum keluarga sebelah ibu yang mana merupakan tradisi saban tahun, berkonvoi ke setiap rumah saudara yang terdekat. Tak kira lah tua atau muda. Meriah memang sangat meriah…. Kereta semua berlapis-lapis bersusun, gelak tawa beramai-ramai…. Happening sangat lah kan! Hehehehe…
Bersama Abg Sepupu, Daniel
Di Taman Bunga Rumah Maklong di Port Dickson
Wafa macam biasa lah berkumpul dengan saudara mara yang seusia saje lepas dah bersalaman dengan yang tua. Ekekeke… Tapi tahun ini, keluarga Wafa tidak dapat selesaikan bersama sehingga lewat malam. Sebab ayah Wafa ingin juga pulang ke kampung halamannya di Rembau.

Sesampai Wafa di Rembau, ia masih tetap meriah dengan sanak saudara sebelah ayah. Gembira bukan kepalang bila punya ahli keluarga yang ramai di kedua belah pihak ayah dan ibu. Yeah!!! Wafa memang seronok raya ni sebab dapat duit raya lagi… Hehehe…
Bersama Kakak dan Adik Wafa
Meriahnya suasana hari raya dengan sanak saudara
Sekejap betul masa berlalu kan… Dah masuk Syawal ke-11. Kali ni Wafa nak story la sikit tentang cerita raya Wafa dan keluarga pada raya per...

Klik Sini!