Ikuti Pengembaraan Bersama Plantzania Ninja Park Di Rantau, Negeri Sembilan


Korang pernah dengar atau pergi ke Plantzania? Tapi sebelum tuh jom Wafa terangkan apa yang dimaksudkan dengan Plantzania. Plantzania ni adalah sebuah pusat edu-eko yang menggabungkan aktiviti luar dan alam semulajadi. Ini merupakan pusat sains edu-eko pertama di Malaysia yang menggabungkan konsep 5F: Farming (Pertanian), Foresting (Perhutanan), Fun (Keseronokan), Fantasy (Fantasi) dan Fascinating (Menarik).

Ia bukan sahaja memberikan pengalaman kepada kanak-kanak malah juga kepada ibu bapa. Terdapat ruang untuk pengunjung menghabiskan masa dalam suasana yang indah dan ceria bersama-sama menikmati persekitaran yang harmoni dan semula jadi.









Kanak-kanak boleh diiringi ibu bapa mereka dan alami kehidupan pertanian dengan menanam pokok, menuai buah, memerhatikan dan mendapatkan maklumat tumbuhan, haiwan, serangga dan mikroorganisma dalam dunia biologi. Plantzania bertujuan mengajar kanak-kanak mengenai pengetahuan sains biologi dan tumbuhan yang berkaitan dengan aktiviti menarik agar mereka benar-benar meneroka alam kita yang indah dan dunia yang penuh menakjubkan di sekeliling mereka.










 

Maklumat lanjut boleh layari seperti yang tertera di bawah:
Lokasi
Plantzania Ninja Park
Lorong Budi 1, Kampung Sega Hulu
Kuala Sawah, 71200 Rantau,
Negeri Sembilan.
Telefon
+6 03 8025 1603 /  Fax. +6 03 8025 1637

Email
Website 

3 comments:

Mat Drat said...

Manarik tempat ni utk buat aktiviti.... Team building sesuai ni

Ayu said...

Bestnya.. Suka xtvt gini..

Shafyqah Azahar said...

first time dengar nama tempat ni hehehe bestnay dapat buat aktiviti mcm ni,

btw follow sini