LF PRODUCTION | Pengalaman Photoshoot Bersama Photographer Di Batu Kurau, Perak


Minggu lepas, aku sempat menghadiri sesi fotografi bersama LF Production di lokasi sawah padi yang cukup cantik di Batu Kurau, Perak. Sepanjang sesi fotografi aku dan beberapa lagi saudara di situ memberikan banyak pengalaman bersama LF Production. Rasanya, kalau korang tengah mencari Photographer, LF Production lah jawapan kepada persoalan korang selama ini. LF Production ni bertapak di Seri Kembangan, Selangor dan memberikan perkhidmatan fotografi dan videografi di luar kawasan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perkahwinan. Bukan setakat itu sahaja. LF Production juga menyediakan servis video korporat, filem pendek dan sebagainya. Aha... senang cerita, apa sahaja yang melibatkan bidang fotografi dan videografi ada di LF Production

Pengasas LF Production

Pengasas dan Pengurus, LeYa dan Otomen Taro

Illya Farhana atau lebih dikenali dengan nama LeYa merupakan pengasas LF Production dan beliau bermula sebagai Wedding Photographer di majlis perkahwinan abang beliau pada tahun 2011 dengan berbekalkan modal hanya bawah RM2,000. 

LeYa juga merupakan bekas pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam bidang Ijazah Sains Komputer (Pembangunan Perisian). Beliau meneruskan kerjaya beliau dalam bidang itu di salah sebuah syarikat terkemuka di Cyberjaya dan menjadikan minat beliau dalam fotografi sebagai part-time kerja sehingga membawa nama LF Production di arena tanah air.

Pengasas dan Pengurus, LeYa dan Otomen Taro

Kemudian, setelah LeYa berkahwin, sentuhan LF Production semakin kelihatan cantik dan berseri dengan kehadiran Pengurus kedua iaitu Faizol Hafizi atau dikenali dengan Otomen Taro. Selaku suami dan Photographer, Otomen Taro menjalankan tanggungjawabnya mengambil gambar dengan sangat menarik sekali.

PhotographerLF Production, Otomen Taro dengan stylenya

Pengalaman WaFa Photoshoot bersama LF Production

Okay.... Aku gerak dari Seremban pada hari Khamis malam dan bermalam di rumah Opah, saudara ku di sana. Sebenarnya, ini adalah kali pertama aku dalam menghadiri sesi fotografi dan bekerjasama dengan LF Production. Sesi fotografi dijalankan pada pagi hari Ahad di sekitar sawah padi yang terbentang luas di daerah Batu Kurau, Perak. 


Yang bestnya bilamana aku dapat lihat hasil karya LF Production yang begitu menarik dan sangat berpuashati. 

Saat melangkah kaki masuk ke bendang, aku jadi takut sedikit apabila terbayangkan lintah atau pacat jika tiba-tiba muncul di kakiku. Namun, dek sebalik ketakutan ku itu, dapat juga sesi fotografi selesai dengan jayanya. Aku menjadi kagum dan WoW!!!. Gambar-gambar yang dihasilkan sangat cantik. Penggunaan lighting yang cantik untuk menghasilkan karya yang mantap. Syabas LF Production! 

Jadinya, tanpa buang masa korang jom tengok gambar-gambar menarik Wafa ketika membuat sesi fotografi di Batu Kurau, Perak pada Ahad lalu bersama LF Production.






Maklumat lanjut mengenai LF Production, boleh didapati seperti di bawah:-


Alamat | No 22, Jalan LEP 3/7, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Aku memang pasti korang tidak akan kecewa memilih LF Production sebagai fotografi dan videografi korang. Aku sendiri suka dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Jadi! Jangan tunggu lama-lama! Terus bertindak sekarang! Hubungi LF Production untuk sesi photoshoot korang.

2 comments:

Illya LeYa said...

Terima kasih Wafa...

Moga-moga ada umur untuk sesi fotografi akan datang. hehe..

Otomen Taro said...

Edeh....Macam mane boleh terjebak jugak gambar daku dalam blog ni... Ahahahha...