Showing posts with label Keluargaku. Show all posts
Showing posts with label Keluargaku. Show all posts

Satu Malam Di Hawa Resort, Janda Baik

Aku dan sepupuku, Sofea bergambar di hadapan sungai setibanya kami ke sini

Sebelum cuti sekolah bermula, aku dah pun pergi bercuti dulu bersama keluarga. Perancangan percutian ni sebenarnya tak lah begitu lama. Kaum keluarga bincang punya bincang lepas tu terus jadi dek kerana duit pun sudah dikumpul dari awal tahun. Itu yang menariknya keluarga besar kami. Kami akan menyimpan duit untuk aktiviti hujung tahun beramai-ramai.

Setelah mencari sana-sini dan terpengaruh dengan artikel-artikel menarik di carian Google, akhirnya kaum IbuBapa memilih lokasi percutian ke Hawa Resort.

Jom aku kongsikan sedikit pengalaman berada di sana.

Hawa Resort Chalets, Janda Baik

Bertolak dari rumah ibu saudara aku, atau dipanggil MakSu di Rantau, Negeri Sembilan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit. Lebih kurang 7 ke 8 buah kereta juga kami bergerak seiiring menuju Janda Baik untuk satu malam percutian di sana.

Hawa Resort, Janda Baik, Pahang

Terkenal dengan suasana yang menghijau, Janda Baik memang menjadi pilihan kepada pelancong yang ingin berehat dan menikmati keindahan seperti berada di kampung. Aku memang terpesona dengan alam semulajadi yang secara peribadinya memang meminati suasana seperti itu. Sudak jelak dengan kesibukan di Bandar Seremban, aku seronok dapat menenangkan minda dan mata melihat suasana nyaman di situ.

Kami tiba lebih kurang jam 10.30 pagi. Setibanya kami di sini, kami tidak teragak untuk check-in bilik yang sudah lama kami tempah itu. Okay, memandangkan aku ni masih bujang dan masih bersekolah, pastinya aku berkongsi bilik dengan keluargaku. 



Selesai check-in bilik, aku dan sanak-saudara tidak lewat untuk terjun ke sungai yang mengalir deras dan sejuk itu. Pemandangan sungai di hadapan bilik kami memang sangat seronok dan mendamaikan. 





Perasaan ketika itu memang penuh dengan keterujaan. Hilang seketika permasalahan di sekolah dan apa sahaja yang bermain di fikiran. Yang penting sekarang di hadapan mata ini. Bersama saudara-mara dan keluarga berseronok mandi-manda di sungan yang sangat sejuk.

Selain itu, tidak ketinggalan untuk kami lakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berbual mesra, bbq dan karaoke di malam hari, jalan-jalan melawat kawasan sekitar Hawa Resort dan tidak lupa juga aktiviti makan dengan penuh keceriaan.

Nyamuk?

Yang peliknya sepanjang kami di sana tidak ada langsung yang datang menggigit. Mungkin kerana nyamuk pening tengok ramai sangat di kalangan kami ni. Tak jadi nak datang kan. Hehehe...




Ibuku bersama adik-beradiknya

Ibuku bersama cucu saudaranya


Sesi BBQ bersama


Ayahku yang kelaparan

Sesi Fotografi

Sudah tentu, tempat cantik sebegini sangat mesra fotografi. Semenjak melihat gambar-gambar di Internet, aku dah mula terbayang sesi fotografi yang akan dilakukan oleh kakak saudara dan suaminya iaitu LeYa dan Otomen Taro

Kami bergambar bersama sebelum pulang di hari Ahad.

Cerita poyo aku memang suka bergambar bajet-bajet cun. Hahahaha...

Tapi bila tengok balik, memang comel dan cantik pun gambar-gambar kami, lebih-lebih lagi aku. So, mohon jangan muntah ye... Hahaha...


Family Clan aku

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan chalet ini. Selesa dan menepati citarasa percutian kami sekeluarga. Tenang dan mendamaikan. 

Untuk korang yang mungkin nak datang ke sini, bolehlah tengok maklumat lanjut di bawah ini:

Tel : +603-7710 6717
Alamat : Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong, Pahang, Malaysia

Suasana Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum buat semua pembaca blog Wafa yang budiman....

Seronok tengok ramai di kalangan kawan-kawan Wafa update status dan gambar dalam FB. So... hari ni baru Wafa berpeluang untuk update entry berkenaan Raya Wafa semasa 01 Syawal hingga 03 Syawal yang lalu.



Di pagi 1 Syawal, Wafa beraya di rumah MakLong Wafa di Port Dickson. Seperti kebiasaan ramai, selepas sahaja selesai solat sunat Aidilfitri, kami bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kemudian, barulah sesi fotografi bersama-sama diambil di taman bunga rumah maklong. 

Cantik kan gambar-gambar tu!! Gambar-gambar ni semua diambil oleh kakak dan abang saudara Wafa yang memang minat dalam bidang fotografi. Siapa lagi kalau tak Angah LeYa dan Abam Otomen Taro kite tuh... Pemandangan di taman bunga rumah maklong pun sangat cantik dan menjadikan gambar kenangan di pagi Syawal sungguh mempesonakan.

Jom kite tengok lagi gambar-gambar menarik Wafa di hari raya.

Wafa bergambar bersama kakak Eisya dan Adik Amrina serta ibu Wafa...



Gambar keluarga MakNgah Wafa di hadapan rumahnya...

Gambar keluarga MakSu Wafa yang pagi 1 Syawal di Perak...
 Raya kedua, Wafa berjalan ke rumah sanak saudara yang terdekat. Tradisi keluarga kami sejak dulu. Konvoi Raya pada Hari Raya kedua. Memang sangat meriah sebab akan ada berpuluh kereta dari kami sekeluarga menyusuri jalan raya pergi beraya dari rumah ke rumah.

Jalan-Jalan Raya Rumah Mak Anjang

Di rumah TokWan dan Wan Induk di Tampin, NS
Seronok kan bila menjelang raya ni... Ramai-ramai bersama adik-beradik dan saudara pergi beraya. Paling best, dapat duit raya. Hehehehe.... Okay lah sampai di sini saja yang dapat Wafa coretkan... Sehingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang ye... Tata titi tutu...

Cerita Di Sebalik Keluarga dan Sambutan Hari Lahir Maklong

Assalamualaikum semua... Bertemu lagi dalam Blog Wafa...
Ni wafa nak cerita... Kisah ni berlaku pada bulam Mei lepas. Di mana Wafa dan keluarga berkumpul beramai-ramai di rumah MakCu Wafa di Kg Sega, Negeri Sembilan untuk aktiviti makan-makan sambil menyambut Birthday Maklong. Meriah!!! Memang sangat meriah walaupun tak semua yang hadir.
Bergambar bersama sanak saudara

Aktiviti keluarga seperti ini memang kerap kami jalankan. Berkumpul bersama, gelak tawa, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami semua. Alhamdulillah... kini ahli keluarga Wafa semakin bertambah. Dan semakin lah bertambah meriah raya ni kan... Hehehe...


Borak-borak penglipur lara

Makan dan terus makan...

Borak dan borak lagi...

Happy Birthday Maklong
Wafa bangga dan seronok dapat memiliki ahli keluarga yang ramai dan happening serta baik. Setiap di kalangan kami akan sentiasa bantu membantu. Inilah dia ikatan kekeluargaan yang memang kami terapkan sejak dari dulu lagi.. Sekian....

Inspirasi Kejayaan Kita

Haiiii semua... Apa khabar??? Bertemu lagi dalam blog wafa ni ye.. Hari ni aku cuba nak bagitahu kat korang pada 04 Mac lalu sedare aku, Aqil menang tempat ke-4 dalam sukan Run-Bike-Run di Kejohanan Powerkids - Powerman Duathlon Malaysia Championship 2017 di Putrajaya.

Wahhh.... best kan.. Bukan senang nak menang taw. Dengan kehadiran beratus kanak-kanak yang menyertainya. Ameen Aqil atau lebih dikenali dengan Aqil telah berjaya meraih tempat ke-4. Cayalah Aqil.. Angah bangga dengan Aqil.


So... aku nak cakap lah kan dekat sini yang sebenarnya setiap dari kalangan ahli keluarga aku ni ada kebolehan mereka tersendiri. Memang tak dinafikan lagi. Macam terdekat sekarang ni la... Mana tahu suatu hari nanti, Aqil boleh jadi pelumba lari Antarabangsa. Siapa tahu kan? Why not kita berfikiran lebih terbuka dan mendoakan kejayaan yang baik-baik untuk kaum saudara kita. Nama pun darah daging juga. Tak kan lah nak doakan yang buruk. Nanti kita juga yang malu.. Ecececeh... Pandai pula Cik Wafa ni berkata-kata sekarang.


Tengok tu!!! Betapa gembiranya si kakaknya, Sofea dengan kejayaan yang diraih adiknya itu. Siapa tak bangga kan? Aku yang bukan duduk serumah ni pun bangga.. Hehe.. So.., mulai saat ini aku cuba untuk mengekspresikan dunia blog aku ni dengan bidang perniagaan kecil-kecilan untuk permulaan aku pada tahun ini. Mana tahu suatu hari nanti aku boleh ada syarikat dan pekerja sendiri. Doakan ye kejayaan aku.

Semoga inspirasi yang aku tulis di blog aku ni memberi ilham kepada golongan muda macam aku untuk lebih berdaya saing dan maju ke hadapan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Inshaa Allah.