Kehidupanku Setelah Tamat SPM

Haiii... Apa khabar semua? Lama Wafa tak bersiaran dalam blog ni kan? Ok.. First of all, wafa sekarang dah pun tamat SPM. Rasa macam free pulak kan. Boleh buat apa yang kita suka dan nak. Tapi kena pandai jaga diri jugak. 

So... Apa plan wafa dah habis SPM ni?


Halatuju Wafa Selepas SPM

Hidup mesti diteruskan. Dah tiba masanya Wafa pulak membantu Ibu dan Ayah mencari duit belanja. So, masa tunggu result hari tu, ada la kejap Wafa tolong-tolong kerja di Qaseh Spa, milik kakak saudara Wafa. Kakak Farisya pun kerja situ. 

Best jugak lah dapat pengalaman dan kenalan baru dari kawan-kawan Kak Farisya. 


Ni Farisya. Semenjak dah kerja spa ni, memang dah semakin bergaya la katakan.. Hehehe... Tak terkecuali jugak aku. Hahaha..

Okay... Berbalik pada halatuju selepas SPM. Actually, Wafa minat bidang jahit menjahit. Memang tengah apply kursus-kursus jahitan. Sambil-sambil tu kerja jugak la kat Qaseh Spa ni kan. Dapat duit boleh jugak guna untuk belajar jahitan nanti.


Ni Kak Hani. Best friend Kak Farisya. Kerja di Qaseh Spa jugak. Memang kadang seronok berdamping dengan mereka ni. Hani ni pelajar cemerlang taw kat kolej dia. Tahniah!

Apa-apa pun life Wafa, Wafa tak pernah lupakan Allah dan nasihat Ibu Ayah. Masih menjaga tatasusila sebagai wanita solehah. Gittchewwww...😁😁

Nasihat pada adik-adik yang nak menduduki SPM tahun ni, relaks & steady je ye. Ade rezeki korang kat luar nanti. Buatlah yang terbaik dan sehabis baik. Life must go on.


Jom belajar dan terus belajar.😉

0 comments: