Friday, 7 April 2017

Inspirasi Kejayaan Kita

Haiiii semua... Apa khabar??? Bertemu lagi dalam blog wafa ni ye.. Hari ni aku cuba nak bagitahu kat korang pada 04 Mac lalu sedare aku, Aqil menang tempat ke-4 dalam sukan Run-Bike-Run di Kejohanan Powerkids - Powerman Duathlon Malaysia Championship 2017 di Putrajaya.
 

 
Wahhh.... best kan.. Bukan senang nak menang taw. Dengan kehadiran beratus kanak-kanak yang menyertainya. Ameen Aqil atau lebih dikenali dengan Aqil telah berjaya meraih tempat ke-4. Cayalah Aqil.. Angah bangga dengan Aqil.
 
 
So... aku nak cakap lah kan dekat sini yang sebenarnya setiap dari kalangan ahli keluarga aku ni ada kebolehan mereka tersendiri. Memang tak dinafikan lagi. Macam terdekat sekarang ni la... Mana tahu suatu hari nanti, Aqil boleh jadi pelumba lari Antarabangsa. Siapa tahu kan? Why not kita berfikiran lebih terbuka dan mendoakan kejayaan yang baik-baik untuk kaum saudara kita. Nama pun darah daging juga. Tak kan lah nak doakan yang buruk. Nanti kita juga yang malu.. Ecececeh... Pandai pula Cik Wafa ni berkata-kata sekarang.

 
Tengok tu!!! Betapa gembiranya si kakaknya, Sofea dengan kejayaan yang diraih adiknya itu. Siapa tak bangga kan? Aku yang bukan duduk serumah ni pun bangga.. Hehe.. So.., mulai saat ini aku cuba untuk mengekspresikan dunia blog aku ni dengan bidang perniagaan kecil-kecilan untuk permulaan aku pada tahun ini. Mana tahu suatu hari nanti aku boleh ada syarikat dan pekerja sendiri. Doakan ye kejayaan aku.

 
Semoga inspirasi yang aku tulis di blog aku ni memberi ilham kepada golongan muda macam aku untuk lebih berdaya saing dan maju ke hadapan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Inshaa Allah.

Tuesday, 4 April 2017

Diari Kehidupanku: Suatu Petang Di Rumahku

Hiii... sorry babe sebab dah lama tak menulis apa2 dalam blog ni. Kesibukan ditambah tahap kemalasan dalam diri ini terserlah.Oh Ya! Aku tak sangka sebenarnya aku sudah pun menginjak usia remaja. Aku dah pun berada di Tingkatan 4. Dan sekarang aku menetap di Rantau, Negeri Sembilan. Nak diceritakan bagaimana aku terjebak ke sini sangatlah panjang untuk ditulis. Nanti korang pun bosan nak baca kan. So... aku decide untuk memendekkan cerita yang mana aku mengikut ibu ayah aku duduk di rumah milik kami di sini. Ok baiii... Dah tak perlu sewa rumah lagi... Jimat duit ibu ayah aku...

Okay2... kerana terlalu lama aku tak mengemaskini blog ni, aku tengok dah bersawang sampai dah tak nampak kecantikan wajah blog aku ni.. Hehehe... Jadinya, hari ni atas sifat kerajinan aku, aku pun mula lah nak mengemas semula rumah online aku yang aku nak jadikannya juga sebagai kedai online mulai saat ni. 

Yeah!!! Wafa Adlina dah pandai nak berniaga. Ye lah kan... zaman ekonomi semakin meningkat ni kenalah cari duit tambahan walaupun aku masih bersekolah lagi. Sebab ramai je anak remaja sekarang dah pandai cari duit melalui Internet ni... Best sangat tengok dorang dapat membeli-belah ikut suka hati dengan duit dorang sendiri. So... aku pun teringin lah nak macam dorang kan.

Apa yang aku akan niaga kan dalam blog aku ni??

Jeng... Jeng... Jeng... Suspens tak korang.. Hehehe...


 Yeah!!! Tengok kat atas tuh... Nampak sedap x??? So??? Ape tunggu lagi?? Jom order sekarang...

Tart Nenas / Almond London
1 bekas 48 - 50 pcs
Harga: RM23.00
Postage: RM7 SM / RM11 SS

Cara nak hubungi:-
Boleh terus direct ke akak sedara aku iaitu LeYa di talian 017-6321680.

Atau sesaje nak PM aku di FB pun boleh,
Facebook Aku: Wafa Azman