Kehidupanku Setelah Tamat SPM

Haiii... Apa khabar semua? Lama Wafa tak bersiaran dalam blog ni kan? Ok.. First of all, wafa sekarang dah pun tamat SPM. Rasa macam free pulak kan. Boleh buat apa yang kita suka dan nak. Tapi kena pandai jaga diri jugak. 

So... Apa plan wafa dah habis SPM ni?


Halatuju Wafa Selepas SPM

Hidup mesti diteruskan. Dah tiba masanya Wafa pulak membantu Ibu dan Ayah mencari duit belanja. So, masa tunggu result hari tu, ada la kejap Wafa tolong-tolong kerja di Qaseh Spa, milik kakak saudara Wafa. Kakak Farisya pun kerja situ. 

Best jugak lah dapat pengalaman dan kenalan baru dari kawan-kawan Kak Farisya. 


Ni Farisya. Semenjak dah kerja spa ni, memang dah semakin bergaya la katakan.. Hehehe... Tak terkecuali jugak aku. Hahaha..

Okay... Berbalik pada halatuju selepas SPM. Actually, Wafa minat bidang jahit menjahit. Memang tengah apply kursus-kursus jahitan. Sambil-sambil tu kerja jugak la kat Qaseh Spa ni kan. Dapat duit boleh jugak guna untuk belajar jahitan nanti.


Ni Kak Hani. Best friend Kak Farisya. Kerja di Qaseh Spa jugak. Memang kadang seronok berdamping dengan mereka ni. Hani ni pelajar cemerlang taw kat kolej dia. Tahniah!

Apa-apa pun life Wafa, Wafa tak pernah lupakan Allah dan nasihat Ibu Ayah. Masih menjaga tatasusila sebagai wanita solehah. Gittchewwww...😁😁

Nasihat pada adik-adik yang nak menduduki SPM tahun ni, relaks & steady je ye. Ade rezeki korang kat luar nanti. Buatlah yang terbaik dan sehabis baik. Life must go on.


Jom belajar dan terus belajar.😉

Bloglist Exchange Segment by Abam Kie

Assalamualaikum semua. Masih tak terlambat kan untuk Wafa ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Hmmm....pasti ramai yang sudah capai impian di tahun lepas kan. Tahun ni wafa dah tamat alam persekolahan dan sedang menunggu keputusan SPM. Wish me the best k! Hehe..

Okay... di kesempatan ni, wafa rasa nak mula semula berblogging.. Dan untuk entry pertama di tahun 2019 ni, wafa join satu segmen dari Abam Kie. Actually, dah macam ayah bagi wafa sebenarnya. Jumpa pun dari blog akak sedara wafa, LeYa. So... Let's start to join the segmen. Yeah!

http://www.zukidin.com/2019/01/bloglist-exchange-segment-by-abam-kie.html

Nak join??? Klik je link kat banner di atas atau link kat bawah ni ye. Yang dah join tuh, salam ukhuwah dan selamat bersegmen lah ye.. Hehe...