Kisah Budak Sekolah

WaFa masik budak school lagi. WaFa sekarang ni di Tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shamsudin Nain, Rantau, Negeri Sembilan. Tinggal beberapa bulan lagi nak cuti sekolah dan nak melangkah ke Tingkatan 5. OMG!!! Next year SPM laa... Nampak gayanya mesti blog ni suam-suam kuku semula. Hehehe...


Jadinya... sebelum menjadi suam-suam kuku, meh WaFa belanja gambar-gambar kenangan bersama kawan-kawan di sekolah. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Dari yang aktiviti kokurikulum dan aktiviti santai. 
 

Life WaFa di sekolah sama je macam kawan-kawan yang lain. Datang sekolah untuk menimba ilmu. Terkadang ada juga lah main-main bila cikgu tak masuk kelas. Itu lumrah bagi WaFa. Semua ada lakukan perkara sama. Hahaha... Atau mungkin yang tak buat tu dianggap 'budak skema' atau memang jenis tak suka berkawan.
 


Di bangku sekolah menengah ni, WaFa agak mula aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum. Di sekolah, WaFa mewakili Kelab Bola Jaring dan pakaian beruniform Kadet Remaja Sekolah. Selain itu, WaFa bergiat aktif dalam aktiviti Bahasa Melayu seperti bersajak dan bercerita. Dek kerana minat bercerita itulah, WaFa mula menanam minat untuk menulis di blog kesayangan WaFa ni.



Kehidupan WaFa dan kawan-kawan di sekolah dicoretkan momen indah agar senantiasa diingat bilamana sudah dewasa nanti.

No comments:

Klik Sini!