Miang Kham, Snek Paling Sedap dan Terbaik

Haiii semua… Misi mencari Miang Kham tercapai bila Ibu Saudaraku, Acu Tati sudah pun tahu membuatnya. Wafa memanglah sangat seronok kan. Sebab dah lama juga nak rasa makanan Thai ni. Rupanya memang ramai dah yang menjual dan membuat Miang Kham ni. Kalau korang susah-susah sangat, boleh google je… 

Sumber Gambar: Mr. Google
Okay…. Meh Wafa bagi sikit info berkenaan Miang Kham ni.
 
Apa itu Miang Kham?

Miang Kham ni adalah makanan ringan atau snek bagi orang Thailand dan juga Laos. Menurut carian di Google, makanan ringan Miang Kham ini telah diperkenalkan di Mahkamah Thailand King Rama oleh Permaisuri Dara Rasamee. Miang Kham boleh diklasifikasikan dengan “One bite wrap” iaitu berasal dari perkataan Miang (yang membawa maksud makanan dibalut daun) dan Kham iaitu ‘one bite’. 
Sumber Gambar: Mr. Google
Bila Acu Tati dah mula pandai membuatnya, Wafa dan saudara-mara yang lain memang happy dan berebut-rebutlah menikmatinya. Rasanya memang sangat sedap. Betul-betul memang macam makan snek dan duduk sambil menonton TV. Hahaha
 
Sumber Gambar: Mr. Google
Miang Kham ni menggunakan daun kaduk yang mana ia diisi dengan beberapa bahan-bahan lain seperti:-

1.    Bawang kecil
2.    Cili padi
3.    Halia
4.    Limau nipis
5.    Udang kering
6.    Kacang tanah atau gajus
7.    Kelapa yang diparut dan disangai
8.    Sos Miang Kham

Kelazatannya memang terletak pada sos dia lah… Memang sedap gilleeerrrr weyyyhhhh…. Wafa banyak sangat makan sampai terlupa pandang orang belakang ada yang belum rasa. Hehehe

No comments:

Klik Sini!