Beberapa hari lagi nak exam

Assalamualaikum...

Alamak! Tinggal beberapa hari je lagi nak UPSR.. Berdebar juga hati saya saat ini. Dapatkah saya membalas segala jasa ibu ayah selama ini. Mereka banyak membantu saya agar saya berjaya. Tapi kadang-kadang saya malas nak belajar.. Hahaha... Jujur sangat saya di sini kan. Tak kisah la kan.. Ape yang saya buat lagi seminggu nak exam nie??? Semestinya belajar dan terus belajar. Sebelum ini saya belajar dengan kakak saudara saya iaitu Kak LeYa. Tapi sekarang ni sedang belajar dengan abang saudara saya pula iaitu Abg Aiman Vege. Saya bersama sepupu saya iaitu Ayiem a.k.a. Ahmad Faheem belajar bersama Abg Aiman. Die akan datang rumah maksu saya pada waktu malam dan mengajar kami. Segala tips diberikan kepada kami untuk berjaya di dalam peperiksaan itu nanti. Ooohh ye..sebelum UPSR tiba, saya ade buat satu ujian canang dan keputusan saya perolehi boleh la juga kan. Saya dapat 2B 2C 1D. Hehehe... ni yang mampu saya lakukan. Saya akan berusaha pada peperiksaan sebenar. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Recent

recentposts

Random

randomposts