Saya Nak Masuk Bloglist January

Haiii... Haii... Assalamualaikum semua...

Hari ni Wafa rajin blogwalking ke blog kawan-kawan. Dan rasanya Wafa nak try satu segmen ni yang bolehkan wafa mendapat ramai kawan. Jadinya, di Tahun 2018 ini buat pertama kalinya Wafa ingin turut serta segmen yang dilancarkan dari Blog S.K..

Saya Nak Masuk Bloglist January

Syarat yang cukup mudah... Hanya klik pada banner di atas, follow Blog S.K., publish entry berkaitan segmen ini. Dan selesai...

Semoga Wafa dapat kawan-kawan baru dari dunia blog ini. Jom semua...kita meriahkan lagi segmen Kakak S.K. tuh

Perbualan 3 Sahabat

 
Sumber: Google
 
Man: Bapak aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapak aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 

Man: Wow ! Bapak kau keje apa?

Ali: Tukang gunting rambut.

Sobri yang dari tadinya    mendengar perbualan rakan2nya tergelak sinis.

Man: Yang kau gelak nape mcm perli kita orang je?

Sobri: Ye la, korang sibuk nak up kan bapak masing2 sebab tu aku gelak!

Ali: Eleh! Bapak kau hebat sangat ke?

Sobri: Hebat giler beb. Lagi hebat dari bapak korang berdua.  Bapak aku tak buat apa2 pun, tapi orang confirm ikut dia. Bukan setakat tunduk je. Berdiri, melutut, duduk. Semua orang ikut dia.

Man: Pergh ! Hebat giler. Apsal power sangt bapak ko smpai semua orang ikut dia?

Sobri: Ye lah.. bapak aku kan IMAM, kalau tak nak ikut, baik sembahyang sorang2.


Selamat menunaikan Solat fardhu secara berjemaah

--- sumbangan: Parto