Baby Pyjamas Clearance Sales

Assalamualaikum...

Hujung-hujung minggu di waktu cuti ni, apa kata Wafa nak ajak korang semua cuci mata lagi dengan koleksi pakaian bayi dan kanak-kanak yang comel dan cantik-cantik kat bawah ni..

Jom semua...

BABY PYJAMAS
 
Harga: RM32 sepasang
PosLaju: RM8 SM / RM12 SS
* Caj pos untuk sepasang.
** TIADA booking & COD.
 
Size:-
3-6M
6-12M
12-18M
18-24M

WhatsApp WaFa 011-1077 1140 untuk order.
(Tak perlu save nombor, klik je www.wasap.my/601110771140)
Sila nyatakan kod baju/gambar dan saiz untuk kami semak stok.
 













Mini Stationery GiveAway By MirzaSyazwina

Assalamualaikum Wafa ucapkan...

Hari ni Wafa rasa nak join satu GiveAway laa... Mana tahu ada rezeki untuk Wafa nanti. Ni kira first time Wafa nak join ni taw... Kalau korang berminat juga, boleh lah klik link pada banner di bawah ni. Tengok banner ni, cantik kan Owner Blog ni edit... Wafa suka sangat! Hehehe...

http://dorayakino.blogspot.my/2017/07/mini-stationery-giveaway-by.html
Klik Banner Di Atas Untuk Join GiveAway dan Ketahui Syarat-Syaratnya
Korang nak tahu ape hadiah kalau menang GiveAway ni... Jeng3x... Jom tengok kat bawah ni pula ye..
 

Comel kan!!! Wafa suka sangat!

Baju Tidur Kanak-Kanak Stok Julai 2017

Assalamualaikum semua...
Amboi!!! Comel-comel kan design baru untuk baju tidur kanak-kanak ni.. Wafa suka sangat tengok!  Memang laku  keras! Jadi, kalau dah minat tu, cepat-cepat WhatsApp untuk Order ye!

Harga: RM37 sepasang
PosLaju: RM8 SM / RM12 SS
* Caj pos untuk sepasang.
** TIADA booking & COD.
Size (Height):-
90/2y (85-90cm) 
95/3y (90-95cm)
100/4y (95-100cm)
110/5y(100-105cm)
120/6y(105-110cm)
130/7y(110-115cm)

WhatsApp WaFa 011-1077 1140 @ LeYa 017-632 1680 untuk order.
(Tak perlu save nombor, klik je www.wasap.my/601110771140)
Sila nyatakan kod baju/gambar dan saiz untuk kami semak stok.








Suasana Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum buat semua pembaca blog Wafa yang budiman....

Seronok tengok ramai di kalangan kawan-kawan Wafa update status dan gambar dalam FB. So... hari ni baru Wafa berpeluang untuk update entry berkenaan Raya Wafa semasa 01 Syawal hingga 03 Syawal yang lalu.



Di pagi 1 Syawal, Wafa beraya di rumah MakLong Wafa di Port Dickson. Seperti kebiasaan ramai, selepas sahaja selesai solat sunat Aidilfitri, kami bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kemudian, barulah sesi fotografi bersama-sama diambil di taman bunga rumah maklong. 

Cantik kan gambar-gambar tu!! Gambar-gambar ni semua diambil oleh kakak dan abang saudara Wafa yang memang minat dalam bidang fotografi. Siapa lagi kalau tak Angah LeYa dan Abam Otomen Taro kite tuh... Pemandangan di taman bunga rumah maklong pun sangat cantik dan menjadikan gambar kenangan di pagi Syawal sungguh mempesonakan.

Jom kite tengok lagi gambar-gambar menarik Wafa di hari raya.

Wafa bergambar bersama kakak Eisya dan Adik Amrina serta ibu Wafa...



Gambar keluarga MakNgah Wafa di hadapan rumahnya...

Gambar keluarga MakSu Wafa yang pagi 1 Syawal di Perak...
 Raya kedua, Wafa berjalan ke rumah sanak saudara yang terdekat. Tradisi keluarga kami sejak dulu. Konvoi Raya pada Hari Raya kedua. Memang sangat meriah sebab akan ada berpuluh kereta dari kami sekeluarga menyusuri jalan raya pergi beraya dari rumah ke rumah.

Jalan-Jalan Raya Rumah Mak Anjang

Di rumah TokWan dan Wan Induk di Tampin, NS
Seronok kan bila menjelang raya ni... Ramai-ramai bersama adik-beradik dan saudara pergi beraya. Paling best, dapat duit raya. Hehehehe.... Okay lah sampai di sini saja yang dapat Wafa coretkan... Sehingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang ye... Tata titi tutu...