Kenapa Musim Raya Waktu Paling Best Dan Terbaik Untuk ‘Shopping’ Sakan

Assalamualaikum semua...

Hai...mesti korang tengah sibuk membeli belah untuk menyambut musim perayaan ni kan? Mesti korang dah banyak baju raya kan? So.. Wafa nak tanya... Kenapa mesti waktu Raya je yang paling best untuk bershopping? Waktu di hari lain macam tak ada pulak kan... 


Okay laa... kalau nak tahu kenapa waktu raya adalah paling best dan terbaik untuk bershopping, jom tengok sini.

Dah nama pun Hari Raya, mestilah kena Shopping!

Dah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia kan... Mesti dan pasti akan berbelanja sakan menjelang Hari Raya. Daripada baju, ke perabot, sehinggalah ke kereta. Kalau boleh, semua benda nak ditukarnya BARU. Barulah RAYA! Kan3x...Tak Gitu! Hehehe...

Nak tahu 6 SEBAB kenapa kena shopping menjelang Raya, meh baca ni:-
1. Inilah masanya untuk dapat benda baru

Kalau bukan sebab Raya, mungkin kita tak akan pun nak bershopping tukar benda baru ni kan.. Macam tak ada arah tujuan je kalau bulan-bulan lain nak bertukar kan... Di masa Raya ni lah kita nak baju baru, seluar baru, beli kereta baru... Best kan!

Dan lagi SEBAB, korang semua baca di link yang Wafa sertakan ni ye...


Semoga korang semua enjoy (^_^). Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya. 

Bergaya Seperti Elfira Loy Pada Hari Raya Ini Melalui Siri #elfiranakraya

Assalamualaikum semua...

#elfiranakraya memaparkan persiapan Raya Elfira Loy di mana beliau akan memberi tips peribadinya terhadap fesyen kegemarannya untuk Ramadan dan Raya. Daripada baju, solekan, sehinggalah ke aksesori dan hijab, Elfira akan menyerlahkan gaya berbeza bagi setiap majlis yang perlu dihadirinya.

Rancangan terbaru sempena Hari Raya ini merupakan kerjasama antara hurr.tv dengan Fashion Valet.

 #elfiranakraya

Bukan setakat berfesyen, Elfira juga akan menunjukkan step by step cara beliau mengenakan mekap dan banyak lagi

#elfiranakraya

Nak tahu lebih lanjut, jom bersama dengan klik link ini "Bergaya Seperti Elfira Loy Pada Hari Raya Ini Melalui Siri #elfiranakraya".

Cerita Di Sebalik Keluarga dan Sambutan Hari Lahir Maklong

Assalamualaikum semua... Bertemu lagi dalam Blog Wafa...
Ni wafa nak cerita... Kisah ni berlaku pada bulam Mei lepas. Di mana Wafa dan keluarga berkumpul beramai-ramai di rumah MakCu Wafa di Kg Sega, Negeri Sembilan untuk aktiviti makan-makan sambil menyambut Birthday Maklong. Meriah!!! Memang sangat meriah walaupun tak semua yang hadir.
Bergambar bersama sanak saudara

Aktiviti keluarga seperti ini memang kerap kami jalankan. Berkumpul bersama, gelak tawa, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami semua. Alhamdulillah... kini ahli keluarga Wafa semakin bertambah. Dan semakin lah bertambah meriah raya ni kan... Hehehe...


Borak-borak penglipur lara

Makan dan terus makan...

Borak dan borak lagi...

Happy Birthday Maklong
Wafa bangga dan seronok dapat memiliki ahli keluarga yang ramai dan happening serta baik. Setiap di kalangan kami akan sentiasa bantu membantu. Inilah dia ikatan kekeluargaan yang memang kami terapkan sejak dari dulu lagi.. Sekian....